Selasa, 17 Februari 2015

SET KEHAMILAN SHAKLEE; VITAMIN LENGKAP UNTUK IBU HAMIL

SET KEHAMILAN SHAKLEE; 

VITAMIN LENGKAP UNTUK IBU HAMIL


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog saya...mungkin ada ibu yang tengah hamil sedang membaca blog saya atau mungkin juga bakal ibu atau suami yang isterinya sedang hamil..hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang set kehamilan shaklee yang lengkap untuk ibu-ibu hamil agar sentiasa sihat dan cergas. saya mula mengamalkan set kehamilan shaklee sewaktu hamil anak ke2 saya...pengalaman yang hebat saya rasakan...ok sebelum bercerita panjang jom kita tengok vitamin apa yang ada dalam set kehamilan shaklee nie...



Sepanjang kehamilan ada 3 trimester yang akan para ibu akan lalui. Trimester pertama ialah 3 bulan pertama, trimester kedua ialah 3 bulan kedua dan trimester ketiga ialah 3 bulan ketiga. Pada trimester pertama mungkin para ibu hamil tidak merasakan proses kehamilan pada tubuh kerana terlalu awal . Suka saya ingatkan buat para ibu hamil trimester pertama adalah trimester yang paling penting, harus dijaga dengan baik dan kritis kerana pada waktu inilah berlakunya perkembangan janin dan pertumbuhan organ tubuh sedang berlangsung..jadi, jangan ambil mudah yea ibu-ibu....Pada masa ini juga biasanya ibu hamil akan merasa tidak selesa seperti pening kepala dan loya..ada juga yang sensitif terhadap bau-bauan.

Pada trimester pertama ini perubahan fizikal yang biasa dialami oleh ibu hamil ialah payudara membesar, sering buang air kecil, sembelit, mual dan muntah



Ok berbalik kepada tajuk utama kita iaitu set kehamilan shaklee...para ibu harus mengambil vitamin lengkap sepanjang hamil bagi memastikan kandungan dan kesihatan ibu-ibu dalam keadaan baik. set kehamilan shaklee juga dibahagikan mengikut trimester. Dalam trimester 1, cadangan pengambilan vitamin ialah : -

1) vitalea with iron @ multivitamin

- Vitalea adalah multivitamin dimana ia mengandungi 28 jenis vitamin asas yang diperlukan oleh tubuh. ia adalah multivitamin yang paling pantas di dunia larut dalam air dan tubuh manusia dan tabletnya disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina. yang paling penting vitalea ini mengandungi iron atau zat besi. 

- kenapa ibu hamil kerap pening kepala? ini adalah disebabkan kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian mereka.  Zat besi biasanya banyak terkandung di dalam makanan laut seperti kerang, tiram dan sebagainya tetapi biasanya zat besi tersebut akan menyusut atau hilang kerana telah dimasak. 

- Zat besi sangat penting untuk tumbesaran janin dalam kandungan. Pengambilan vitalea shaklee juga sangat membantu para ibu yang mengalami masalah bacaan haemoglobin (hb) rendahBahayanya apabila ibu hamil yang mempunyai hb yang rendah adalah boleh menyebabkan kematian ke atas bayi. Sejak saya mengambil vitalea shaklee sebagai multivitamin harian sepanjang hamil Alhamdulillah hb saya tiada masalah dan nurse pun puji bacaan hb saya cantik dalam lingkungan 11 ke 13. Sebab itu pengambilan vitalea sangat penting dalam set kehamilan shaklee.

2) b complex with folic asid

-b complex shaklee sangat istimewa kerana mengandungi 8 jenis vitamin b di dalamnya dan lengkap dengan asid folik.  Komponen b complex terdiri daripada : -

B1 (thiamin)
B2 (riboflovin)
B3 (niacin)
B5 
B6 (pyridoxine)
B12 (cobalamine)
Asid Folik
Asid panthothenic
Biotin

- Kepentingan vitamin b complex kepada ibu hamil ialah untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik dan mencegah anemia iaitu tekanan darah rendahB complex ini juga berfungsi sebagai penenang apabila seseorang sedang berada dalam keadaan stress. Kekurangan asid folik pada kandungan amat merbahaya kerana boleh menyebabkan berlakunya kecacatan saraf iaitu spina bifida. Jadi apabila anda telah mengambil b complex shaklee tidak perlu lagi untuk mengambil asid folik kerana sudah terkandung b complex.

- B complex mempunyai bau yang tersendiri termasuk bau air kencing kerana ia adalah vitamin yang larut dalam air dan disingkirkan melalui air kencing. Bau yang tersendiri itu adalah sangat bagus dan menunjukkan b complex shaklee adalah vitamin yang semulajadi tanpa campuran pewarna dan perisa.

- Pengambilan b complex shaklee pada peringkat permulaan akan menyebabakan anda akan bersa haus, panas dan lesu tetapi anda jangan risau kerana itu adalah bermakna tubuh anda sedang memberi respond atau tindak balas terhadap kehadiran b complex dalam tubuh anda!! jangan stress, minum air putih lebih banyak 3 hingga 4 liter sehari. Saranan saya b complex shaklee disimpan di dalam peti sejuk.


3) ostematrix

- ostematrix shaklee dilengkapi dengan vitamin d, magnesium, zink, boron, manganese dan kuprum. Pengambilan kalsium sewaktu kehamilan sangatlah penting 



Pengambilan 1 biji ostematrix = 1 gelas susu = 80 biji badam

- Pengambilan ostematrix sewaktu hamil sangat membantu masalah sembelit terutamanya apabila perut semakin membesar dan menekan-nekan usus. Ostematrix akan melembutkan najis dan memudahkan ia keluar dengan baik dan cepat!!sembelit memang menakutkan...saya biasa ambil maksimum 4biji setiap hari sebelum tidur.

- Pengalaman saya hamil anak pertama dan kedua bulan pertama sampai bulan kelima akan mengalami sakit pinggang yang teramat sangat. macam nak patah. lenguh, sengal semua ada,...bila masuk tujuh bulan perut semakin membesar masalah lain pula datang iaitu kaki cramp,..bila siang ok tapi bila malam dalam pukul 2 pagi tu kaki saya seolah-olah ditarik dan tak boleh lurus...jadi, ostermatrix memang saya takkan tinggal dan sangat-sangat membantu masalah saya. sakit pinggang dan lenguh-lenguh dah kurang..kaki pun tak cramp lagi dah.

- Apabila konsisten mengambil 4bj ostematrix sebelum tidur sangat-sangat membantu memudahkan bersalin...alhamdulillah sewaktu nak bersalin atau tengah meneran tu kaki saya tak de lah cramp...kalau tak , tak dapatkan bayangkan apa yang akan terjadi...

- Saya ni jenis yang tak suka tidur..saya takkan tidur siang walaupun penat yang teramat. bila malam memang susah nak tidur tambahan pula bila hamil. banyak perubahan fizikal yang kita alami dan menyebabkan kita sukar tidur. dengan ostematrix dan konsisten dengannya tidur saya lebih lena dan tersa nikmat...memang terbaik....

4) Vitamin C SR

- Vitamin C SR pun saya suka dan tak pernah tinggal sebab ianya meningkatkan pertahanan badan dan melawan penyakit...saya mula ambil vitamin ni pun pada awal kehamilan..sejak saya konsisten bersama vitamin c shaklee saya tak mudah jatuh sakit seperti demam dan selsema..bila tak cukup tidur dan rasa tak sihat cepat-cepat saya akan ambil dua biji vitamin C..lepas tu badan saya akan kembali segar dan sihat... sewaktu hamil pengambilan vitamin c sangat penting untuk penghasilan kolagen terutamanya kolagen pada bayi. Kolagen ini sangat penting di mana ia membina tulang rawan, otot-otot dan tulang fetus.

- Selain itu, vitamin c membantu mencantumkan semula tisu-tisu yang yang koyak sewaktu bersalin. jadi sekiranya anda ambil vitamin c secara berterusan sehingga habis berpantang proses penyembuhan luka akan bertambah cepat. 

4) Omega Guard

- Omega guard shaklee ialah minyak ikan yang terbaik di dunia. Omega-3 terdiri daripada DHA dan EPA. EPA sangat baik untuk sendi dan menyihatkan jantung manakala EPA pula sangat bagus bagi perkembangan dan fungsi otak. Jadi, sebab itulah omega guard ini amat saya sarankan diambil sewaktu trimester ke2 dimana ia membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan.

- Selain itu, omega guard mengurangkan risiko bayi lahir tak cukup bulan atau bayi pra-matang. 

- Yang paling best dan saya suka omega guard membantu mengawal berat badan. Apabila saya memasuki trimester k2, semua alahan dah hilang..selera makan pun mulalah menjadi-jadi,..Selagi tak tidur selagi tu lah mulut saya akan mengunyah,..saya rasa nafsu makan saya tiga kali ganda dari sebelum mengandung..berkat saya konsisten dengan omega guard shaklee ni berat badan saya akan naik sekitar 12 - 15kg sahaja walaupun tak berhenti-henti makan. Agakmya kalau tak ambil langsung omega berat saya mungkin naik sekitar 20 - 25 kg,...sangat menakutkan....


produk tambahan yang saya ambil semasa hamil ialah 
energizing soy protein (esp)




energizing soy protein (esp)

- esp shaklee adalah soya protein yang lain dari yang lain di mana ia tidak mengandungi lemak, kolestrol dan mempunyai indeks glisemik yang rendah  dan tidak mempunyai kandungan gula dan tidak berbahaya bagi ibu hamil yang mengalami diabetes untuk mengambilnya sepanjang kehamilan.

- pada trimester pertama , saya biasanya akan mengalami mual dan kurang selera makan,..apa yang saya makan akan keluar balik,..muntah..jadi perut kosong dan mula masuk angin,..jadi saya mula minum esp shake-shake dengan milo, chocolate, strwberry dan macam-macam air kesukaan saya.esp ini memberi efek kenyang kepada pengamalnya..alhamdulillah saya rasa perut saya terisi dan kenyang. tiada lagi masalah perut angin dan kembung.

- esp juga membantu menguatkan rahim dan mengelakkan keguguran.. Pesanan saya kepada para ibu yang sangat aktif dan banyak bergerak atas tuntutan kerja, konsistenlah dengan esp terutamanya yang mengalami masalah rahim lemah. Sewaktu berpantang anak kedua dari bulan pertama hingga bulan ketujuh setiap hari saya terpaksa naik turun tangga sebab rumah saya di tingkat empat..hari-hari saya terpaksa dukung anak saya untuk naik dan turun sebab dia masih kecil dan penat nak naik turun..bayangkanlah dengan nak pegang begnya lagi...dekat ofis pulak 2 tingkat, setiap hari lebih 4kali saya kan naik turun...tapi saya yakin dan usaha dengan konsisten esp Alhamdulillah kandungan saya sihat dan selamat dengan izin Allah juga. Semasa hamil 8 bulan pula saya berpindah rumah bayangkanlah saya mengemas rumah dengan suami dengan keadaan saya yang memboyot, tidur pukul empat pagi,...saya bersyukur sebab saya mampu melalui proses kehamilan dengan baik dan lancar.

- esp membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh serta separuh kalsium dari jumlah keperluan harian. Sebab itulah agaknya saya bertenaga lain macam walaupun saya ni banyak melakukan aktiviti seharian.

- esp juga membantu dalam pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.


Sekian dulu perkongsian dari saya, sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan vitamin shaklee boleh dapatkan dari saya samada untuk pengeposan seluruh malaysia atau cod/self pick up..Sekiranya inginkan cod/self pick up saya adalah pengedar shaklee di kawasan klang/port klang..boleh hubungi saya hidayah/ 019-2372259 @ 0134909803





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Masa Itu Emas