Selasa, 16 Julai 2013

Rawat sakit sendi anda dengan shaklee




Anda pasti pernah dengan penyakit sendi atau Artiritis? apakah ia? Sakit sendi nie bukan saja menyerang orang yang dah berumur. Yang muda pun ada, bila berat badan berlebihan. Atau penggunaan sendi yang berlebihan seperti atlet. Bayangkanlah kalau sakit sendi. Nak jalan pun susah, apatah lagi nak buat aktiviti lain.

Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.


Osteoarthritis
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang
    belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
v Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
v Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan
    rawan.

Arthritis Reumatoid
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v  Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
v  Kekakuan pada awal pagi.
v  Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
v  Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
v  Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
v  Kelemahan dan kepenatan.
v  Demam bergred rendah.
v  Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
v  Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.



Penjagaan Kendiri
Jika dokltor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan
v Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
v Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk
     meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
v Selang selikan rehat.
v Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan
    merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding
    dengan doktor atau fisioterapis anda.
v Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan
    boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.
Gaya Hidup

v Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan
    atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
v Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan
    sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan
    bukannya menggunakan tangan sahaja.
v Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk
    mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
v Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
v Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan
    usaha yang minima.
v Sertai kumpulan sokongan artritis.
v Fikir secara positif dan ceria selalu.

Elak

v Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
v Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
v Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
v Memakai kasut yang tidak berpadanan.
v Membiarkan sakit mengganggu moral anda.
Cara hidup dengan Arthritis

v Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan
    sendi-sendi.
v Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa
v Nikmati kehidupan dan kenali penyakit dengan lebih lanjut


CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE UTK PENYAKIT SENDI

(SET UTK SAKIT SENDI)




A. ADVANCED JOINED HEALTH TABLET (AJHT)

apakah fungsi ajht nie?

  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu kekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. anti radang semulajadi
  8. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen
B. OMEGA GUARD
 Omega Guard Shaklee membantu mengurangkan inflamasi/keradangan yang berlaku di kawasan sendi. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 (Omega Guard) bersama glukosamina (Advanced Joint Health Tablet) dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Omega Guard melambatkan degradasi tulang rawan, boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi serta mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega Guard juga bertindak sebagai pelincir yang mana membantu sendi untuk bergerak dengan lebih bebas. Tanda-tanda sendi kekurangan pelincir adalah apabila sendi-sendi berbunyi dan berkeriat-keriut ketika bergerak.
C. OSTEMATRIX @ KALSIUM

memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas: Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.


SEBARANG KONSULTANSI LANJUT BOLEH HUBUNGI SAYA : -

HIDAYAH 
SID 964682
013-4909803




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Masa Itu Emas