Rabu, 11 Mac 2015

MASALAH KENCING KOTOR

MASALAH KENCING KOTOR


APA ITU KENCING KOTOR?



Urinary Tract Infection (UTI) a.k.a Jangkitan Kuman Di saluran Kencing
Jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing uterer (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menguhubungkan pundi kencing keluar tubuh).

Siapa yang mudah dijangkiti ??

Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor kerana mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki. 

Wanita hamil dan Kencing kotor

Perubahan hormon dikalangan wanita yang hamil selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.

Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.

Pada masa yang sama, rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebakan pergerakkan air kencing tersekat. Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing, ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.

Selain itu, kuman bakteria mudah membiak di kalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon). Atas sebab faktor2 ini lah wanita hamil lebih mudah dijangkiti ‘kencing kotor’.

Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang(dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian. Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi yg dilahirkan tidak cukup berat.

Simptom Kencing Kotor

  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  6. Demam dan seram sejuk.

Pencegahan Kencing Kotor

  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.
  2. Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkan pembiakan bakteria.
  3. Menjaga kebersihan diri
  4. Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar
  5. Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami
  6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin
  7. Kurangkan makan makanan manis atau air yang mengandungi kaffein
  8. Mengambil vitamin c,beta-ceratin,dan zinc untuk membantu melawan kuman

Cadangan supplement shaklee bagi mengatasi masalah kencing kotor





1. Garlic Complex

Antibiotik semulajadi & selamat
- selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh
- menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman dan virus
- mampu menghalang bakteria daripada jangkitan kerongkong, telinga, perut memulas, cirit birit, bronkitis, luka, jangkitan yg berulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut , dada dan saluran kencing

Menghalang allergi
- Meningkatkan imunisasi bagi melawan penyakit allergi seperti hidung sensitif, sinus, allergi, asthma, selsema dan hepatitis




                                                          

2. Alfalfa Complex

Melawan lahan
- Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor akibat jangkitan kuman

Menyingkirkan lemak dan kolestrol

Melegakan keletihan

untuk konsultansi lanjut dan mahu dapatkan produk shaklee hubungi saya : 

hidayah
sid 964682
019-2372259
cod kg delek/klang/port klang
postage seluruh msia







Selasa, 3 Mac 2015

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN) SHAKLEE

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN) SHAKLEE


ESP adalah nama glamour...nama penuh energizing soy protein...shaklee adalah syarikat yang pertama mencipta makanan tambahan berasaskan soya. Esp shaklee diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein  ynag tinggi dan pernah dihasilkan.

Shaklee menggunakan kacang soya yang mengandungi 'non-gmo' (non genetically modified organism) di mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 850gram esp (satu canister esp) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan ia memberikan anda tenga segera dan boleh bertahan lama.





Esp shaklee satu-satunya produk dalam pasaran yang menyediakan 9 jenis asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Diperkaya dengan 5 jenis vitamin dan 4 sumber mineral. sesuai bagi semua peringkat umur. ia mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39 dan sangat sesuai bagi pesakit kencing manis. Bacaan Indeks Glisemik yang tinggi sekitar 70 dan ke atas manakala bacaan yang rendah ialah 55 dan ke bawah.

APA ITU ASID AMINO?


Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia. Asid amino ada 2 jenis : -

- asid amino tak perlu = boleh dihasilkan oleh tubuh manusia
-asid amino perlu = yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia & diperolehi daripada sumber pemakanan

Shaklee menyediakan kesemua asid amino tersebut.

1 hidangan esp = 2x daging, 4x telur, 12x susu....

yang paling penting esp shaklee rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan mudah diserap oleh tubuh manusia.




APAKAH KEPENTINGAN PENGAMBILAN PROTEIN @ ESP SHAKLEE??


Memang sangat penting sebab protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Setiap organ kita perlukan protein. Apabila kita kekurangan protein menyebabkan kelemahan sistem imun untuk lawan penyakit, masalah lebihan air  yang tinggi dalam badan,  otot kurang pejal, perubahan warna rambut, pertumbuhan terbantut, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan finally membawa kepada kegagalan fungsi organ yang boleh membawa kepada kematian.

Cadangan pengambilan:-

1 - 3 sudu besar setiap hari

MANFAAT UTAMA ESP SHAKLEE?

1. awet muda
- pengambilan yang kerap menjadikan lebih awet muda
- kandungan asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain2.

2. keremajaan kulit/mencantikkan kulit
- merangsang pembentukan semula kulit dan otot
- mengurangkan kedutan dan agen penuaan
- kembalikan kepejalan otot
- mempercepatkan penyembuhan luka
- mengurangkan kesan parut pada kuit
- kulit semakin cerah dan sekata
- memperbaiki masalah pigmentasi  dan kesan tua

3. membekalkan tenaga
- memberi tenaga segera 
- meningkatkan sistem imun dan baik untuk kekalkan tenaga
- mencegah migrain dan insomnia

4. Membaiki memori
- meningkatkan kualiti memori

5. Baik untuk hormon
- kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavanes dan fungsinya bersamaan dengan hormon wanita
- merendahkan paras kolestrol
- mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung

6. baik untuk prostat
- mengekang pertumbuhan dan perebakan pertumbuhan sel  kanser
- memusnahkan radiakl bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser
- sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat.



kebaikan esp yang lain


sekiranya berminat untuk dapatkan esp shaklee boleh hubungi saya :

hidayah
0192372259
pengedar klang/port klang/kg delek
postage seluruh msia
fb: darin harrazmiey

Isnin, 2 Mac 2015

PROMO ESP SHAKLEE BUY 6 FREE 1 MAC 2015

PROMOSI ESP SHAKLEE BULAN MAC 2015


Hai!!!!! bulan Mac ni memang bulan yang sangat baik bagi penggemar energizing soy protein (esp)..bulan MAc 2015 ni ada promosi dengan setiap belian 6 tong esp akan dapat percuma 1 tong esp lagi...wahhh best kan?? puasa pun nak dekat harus standby esp ni sebab nak tenaga berterusan....



yang mana buat belian 2 tong esp pulak akan mendapat diskaun sebanyak 5%..seronokkan?? time ni la sape yang nak kurus, nak kulit gebu, nak tambah production susu, nak sihat, nak extra energy pakat borong esp ni...

Esp shaklee ni tak sama macam soya yang ada di pasaran..saya suka minum esp ni sebab ia tiada gula, tiada lemak, tiada kolestrol...jadi bagi pesakit diabetes elok sangat ambil,..ibu-ibu hamil yang mendapat diabetes ketika hamil jangan risau boleh amalkan esp ni,...

Saya mula amalkan esp ni sejak awal kehamilan anak kedua....sebab salah satu fungsi esp buat ibu hamil ialah menguatkan rahim..memang sangat penting buat saya yang setiap hari naik turun tingkat 4 sebab duduk rumah flat..dan sekat pejabat pon sama jugak dua tingkat dan hari-hari dekat 4 atau 5 kali naik turun..so, kalau ibu hamil yang ada masalah rahim lemah boleh terdedah kepada risiko keguguran,..Alhamdulillah ambil esp dari awal kandungan saya tiada masalah,..tak pernah lagi tumpah darah atau masalah lain timbul...

Esp ni bagus diambil bagi pesakit gastrik macam saya...saya setiap kali hamil akan alami alahan sampai 5 bulan..bila makan akan muntah..jadi, perut masuk angin..sejak ambil esp Alhamdulillah dah takde masalah gastrik perut rasa kenyang dan tidur pun lebih lena..

Esp memberi tenaga...sebab tu lah saya takkan 'miss' ambil esp setiap hari,..saya bekerja perlu pakai banyak tenaga ke sana ke sini, naik turun tangga..jadi esp ni lah sumber tenaga saya..

Sewaktu hamil saya menghidap diabetes atas faktor genetik dari bapa,...esp ni sangat bagus dalam mengawal diabetes...lagipun ia tiada gula jadi selamat bagi ibu hamil macam saya untuk amalkannya.

Esp juga adalah milkbooster...jadi bila saya mabil awal dari preggy lagi badan saya dah bersedia untuk penghasilan susu..sampai sekarang anak saya sudah berusia 11 bulan saya masih mampu memberi penyusuan secara eksklusif dengan amalkan esp shaklee..

Bagi yang nak kurus,..konsistenla dengan esp...sewaktu hamil 9 bulan berat badan saya naik sehingga 15 kh..selepas bersalin dengan amalkan set berpantang shaklee + esp berat saya turun 17kg selepas 3 bulan...ramai kawan-kawan yang puji walaupon dah beranak 2 badan slim dan menten macam anak dara...

Inilah serba sedikit kesan esp kepada saya..jom kita tengok apa lagi kelebihan esp...




KEBAIKAN ESP ???


- tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna,bahan pengawet, lemak dan kolestrol
- membantu dan membina dalam memperbaiki tisu badan
-  memberikan tenaga yang berpanjangan kepada tubuh di samping memperbaiki sel tubuh yang rosak
- baik untuk kesihatan jantung
- membantu mengekalkan kepejalan otot
- Glisemik yang rendah dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
- membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal, dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

~ wanita yang ingin hamil - memulihara dan memelihara rahim wanita
~ wanita hamil - menguatkan rahim dan membantu pembentukan otot baby serta pertumbesaran
~ wanita yang menyusukan anak - ESP memperbanyakkan susu atau penggalak susu,..susu yang dihasilkan jugam penuh khasiat
~ bagi yang nak kurus - ESP mengenyangkan. kalau yang jenis suka mengunyahn tu, kurang sikit mengunyahnya sbb perut selesa dan kenyang
~ bagi yang nak sentiasa sihat - ESP memberi ketahanan badan dan pelengkap nutrien kepada badan.
~ bagi yang nak cantik - ESP menganjalkan kulit, menggebukan dan mencerahkan kulit
~ bagi yang berpuasa - ESP membekalkan tenaga



CARA PENGAMBILAN ESP : -


- Boleh bancuh air kegemaran anda seperti milo, horlicks, bandung bersama 1 sudu besar ESP..tetapi minuman berkafein seperti teh, nescafe dan kopi tidak boleh yea,..dengan air suam pon boleh tetapi air panas tidak boleh sebab suhu yang tinggi akan memusnahkan zat protein. Yang penting sehari anda tidak boleh mengambil lebih daripada 3 sudu ESP kerana ia akan membebankan buah pinggang untuk memprosesnya..


testimoni esp



turun 20kg selepas 4 bulan ambil esp


penghasilan susu badan makin bertambah


masalah stretch mark semakin pulih

jerawat dah hilang, kulit makin cerah dan gebu

sekiranya anda ingin dapatkan produk shaklee boleh hubungi saya

hidayah
pengedar klang/port klang
pengeposan seluruh msia
text atau whatsapp 019-2372259

Selasa, 24 Februari 2015

KELEBIHAN PERFOMANCE DRINKS SHAKLEE

KELEBIHAN PERFOMANCE DRINK SHAKLEE


Assalamualaikum dan salam ceria!!! hari nie nak bercerita pasal perfomance drink shaklee pulak...sekarang memang tengah hangatlah diperkatakan sebab sekarang ni kan dah start musim panas...musim kemarau dan memang asyik dahaga dan bertambah lesu akibat cuaca.

Yang mana aktif bersukan pulak kalau takde ambil supplement mesti akan penat sangat-sangat,...lepas je bersukan mesti cari dan minum air isotonik,..tapi, masalahnya air istonik yang ada di pasaran semuanya berkarbonat (bergas), ada perisa, pewarna dan gula yang berlebihan dan mungkin boleh terdedah kepada penyakit diabetes. 

Dulu, saya pun tercari-cari minuman isotonik yang bebas karbonat dan tiada gula tambahan...tapi, sekarang saya dah tak risau lagi sebab adanya PERFOMANCE DRINK dari Shaklee...Satu-satunya minuman isotonik yang tiada karbonat dan gula berlebihan.




Perfomance drinks ni sesuai diminum seisi keluarga.. yelah, mana taknya kita semua ada aktiviti harian masing-masing,..perlu kekal cergas dan bertenaga!!!

Siapa yang perlukan Perfomance Drink ni???

- ibu yang menyusukan bayi
- mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan kerap bersukan
- mereka yang berpuasa..sangat sesuai diambil ketika sahur dan berbuka
- pesakit gout
- kurang minum air dan dehidrasi
- sering sakit kepala dan migrain
- anak-anak demam
- yang terasa baru nak demam
- pengganti minuman isotonik yang di pasaran




MANFAAT UTAMA PERFOMANCE DRINK

- Meningkatkan daya tahan badan
~ memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
~menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal
~meningkatkan daya tahan otot

- Membekal tenaga & daya tahan fizikal
~ mengimbang & membekal elektrolit dalam tubuh
~ mengimbangi metabolism air dalam tubuh
~ membekal tenaga fizikal  terutamanya pada mereka yang aktif dalam kehidupan harian

- Mencegah penyahhidratan
~ mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembapkan kulit

- Mengekalkan paras gula
~ terbukti secara klinikal  dalam memelihara paras gula darah penting bagi tenaga otot dan percepatkan penyembuhan akibat otot cedera

Enak diminum begitu sahaja atau dicampur dengan minuman lain

Sesuai untuk para atlet, orang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, cirit-birit, tiada selera makan, rendah paras gula  dan kepeningan

rasa oren yang lazat!!!

resepi perfomance drinks 

sarapan : campur 1 sudu besar perfomance drinks, esp dan mealshake

latihan fizikal : campur 2 sudu besar dalam 500ml air dan minum 1 jam sebelum mula latihan fizikal dan setiap 30 minit sewaktu latihan fizikal

minum 1 jam kemudian selepas latihan fizikal untuk penyahhidratan dan kembalikan tenaga

jom dapatkan segera dari saya

hidayah
sid 964682
019-2372259 (text/whatsapp)
pengedar klang/pelabuhan klang
cod/self pick up kg delek, klang atau pelabuhan klang
postage ke seluruh malaysia


Selasa, 17 Februari 2015

SET KEHAMILAN SHAKLEE; VITAMIN LENGKAP UNTUK IBU HAMIL

SET KEHAMILAN SHAKLEE; 

VITAMIN LENGKAP UNTUK IBU HAMIL


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog saya...mungkin ada ibu yang tengah hamil sedang membaca blog saya atau mungkin juga bakal ibu atau suami yang isterinya sedang hamil..hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang set kehamilan shaklee yang lengkap untuk ibu-ibu hamil agar sentiasa sihat dan cergas. saya mula mengamalkan set kehamilan shaklee sewaktu hamil anak ke2 saya...pengalaman yang hebat saya rasakan...ok sebelum bercerita panjang jom kita tengok vitamin apa yang ada dalam set kehamilan shaklee nie...



Sepanjang kehamilan ada 3 trimester yang akan para ibu akan lalui. Trimester pertama ialah 3 bulan pertama, trimester kedua ialah 3 bulan kedua dan trimester ketiga ialah 3 bulan ketiga. Pada trimester pertama mungkin para ibu hamil tidak merasakan proses kehamilan pada tubuh kerana terlalu awal . Suka saya ingatkan buat para ibu hamil trimester pertama adalah trimester yang paling penting, harus dijaga dengan baik dan kritis kerana pada waktu inilah berlakunya perkembangan janin dan pertumbuhan organ tubuh sedang berlangsung..jadi, jangan ambil mudah yea ibu-ibu....Pada masa ini juga biasanya ibu hamil akan merasa tidak selesa seperti pening kepala dan loya..ada juga yang sensitif terhadap bau-bauan.

Pada trimester pertama ini perubahan fizikal yang biasa dialami oleh ibu hamil ialah payudara membesar, sering buang air kecil, sembelit, mual dan muntah



Ok berbalik kepada tajuk utama kita iaitu set kehamilan shaklee...para ibu harus mengambil vitamin lengkap sepanjang hamil bagi memastikan kandungan dan kesihatan ibu-ibu dalam keadaan baik. set kehamilan shaklee juga dibahagikan mengikut trimester. Dalam trimester 1, cadangan pengambilan vitamin ialah : -

1) vitalea with iron @ multivitamin

- Vitalea adalah multivitamin dimana ia mengandungi 28 jenis vitamin asas yang diperlukan oleh tubuh. ia adalah multivitamin yang paling pantas di dunia larut dalam air dan tubuh manusia dan tabletnya disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina. yang paling penting vitalea ini mengandungi iron atau zat besi. 

- kenapa ibu hamil kerap pening kepala? ini adalah disebabkan kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian mereka.  Zat besi biasanya banyak terkandung di dalam makanan laut seperti kerang, tiram dan sebagainya tetapi biasanya zat besi tersebut akan menyusut atau hilang kerana telah dimasak. 

- Zat besi sangat penting untuk tumbesaran janin dalam kandungan. Pengambilan vitalea shaklee juga sangat membantu para ibu yang mengalami masalah bacaan haemoglobin (hb) rendahBahayanya apabila ibu hamil yang mempunyai hb yang rendah adalah boleh menyebabkan kematian ke atas bayi. Sejak saya mengambil vitalea shaklee sebagai multivitamin harian sepanjang hamil Alhamdulillah hb saya tiada masalah dan nurse pun puji bacaan hb saya cantik dalam lingkungan 11 ke 13. Sebab itu pengambilan vitalea sangat penting dalam set kehamilan shaklee.

2) b complex with folic asid

-b complex shaklee sangat istimewa kerana mengandungi 8 jenis vitamin b di dalamnya dan lengkap dengan asid folik.  Komponen b complex terdiri daripada : -

B1 (thiamin)
B2 (riboflovin)
B3 (niacin)
B5 
B6 (pyridoxine)
B12 (cobalamine)
Asid Folik
Asid panthothenic
Biotin

- Kepentingan vitamin b complex kepada ibu hamil ialah untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik dan mencegah anemia iaitu tekanan darah rendahB complex ini juga berfungsi sebagai penenang apabila seseorang sedang berada dalam keadaan stress. Kekurangan asid folik pada kandungan amat merbahaya kerana boleh menyebabkan berlakunya kecacatan saraf iaitu spina bifida. Jadi apabila anda telah mengambil b complex shaklee tidak perlu lagi untuk mengambil asid folik kerana sudah terkandung b complex.

- B complex mempunyai bau yang tersendiri termasuk bau air kencing kerana ia adalah vitamin yang larut dalam air dan disingkirkan melalui air kencing. Bau yang tersendiri itu adalah sangat bagus dan menunjukkan b complex shaklee adalah vitamin yang semulajadi tanpa campuran pewarna dan perisa.

- Pengambilan b complex shaklee pada peringkat permulaan akan menyebabakan anda akan bersa haus, panas dan lesu tetapi anda jangan risau kerana itu adalah bermakna tubuh anda sedang memberi respond atau tindak balas terhadap kehadiran b complex dalam tubuh anda!! jangan stress, minum air putih lebih banyak 3 hingga 4 liter sehari. Saranan saya b complex shaklee disimpan di dalam peti sejuk.


3) ostematrix

- ostematrix shaklee dilengkapi dengan vitamin d, magnesium, zink, boron, manganese dan kuprum. Pengambilan kalsium sewaktu kehamilan sangatlah penting 



Pengambilan 1 biji ostematrix = 1 gelas susu = 80 biji badam

- Pengambilan ostematrix sewaktu hamil sangat membantu masalah sembelit terutamanya apabila perut semakin membesar dan menekan-nekan usus. Ostematrix akan melembutkan najis dan memudahkan ia keluar dengan baik dan cepat!!sembelit memang menakutkan...saya biasa ambil maksimum 4biji setiap hari sebelum tidur.

- Pengalaman saya hamil anak pertama dan kedua bulan pertama sampai bulan kelima akan mengalami sakit pinggang yang teramat sangat. macam nak patah. lenguh, sengal semua ada,...bila masuk tujuh bulan perut semakin membesar masalah lain pula datang iaitu kaki cramp,..bila siang ok tapi bila malam dalam pukul 2 pagi tu kaki saya seolah-olah ditarik dan tak boleh lurus...jadi, ostermatrix memang saya takkan tinggal dan sangat-sangat membantu masalah saya. sakit pinggang dan lenguh-lenguh dah kurang..kaki pun tak cramp lagi dah.

- Apabila konsisten mengambil 4bj ostematrix sebelum tidur sangat-sangat membantu memudahkan bersalin...alhamdulillah sewaktu nak bersalin atau tengah meneran tu kaki saya tak de lah cramp...kalau tak , tak dapatkan bayangkan apa yang akan terjadi...

- Saya ni jenis yang tak suka tidur..saya takkan tidur siang walaupun penat yang teramat. bila malam memang susah nak tidur tambahan pula bila hamil. banyak perubahan fizikal yang kita alami dan menyebabkan kita sukar tidur. dengan ostematrix dan konsisten dengannya tidur saya lebih lena dan tersa nikmat...memang terbaik....

4) Vitamin C SR

- Vitamin C SR pun saya suka dan tak pernah tinggal sebab ianya meningkatkan pertahanan badan dan melawan penyakit...saya mula ambil vitamin ni pun pada awal kehamilan..sejak saya konsisten bersama vitamin c shaklee saya tak mudah jatuh sakit seperti demam dan selsema..bila tak cukup tidur dan rasa tak sihat cepat-cepat saya akan ambil dua biji vitamin C..lepas tu badan saya akan kembali segar dan sihat... sewaktu hamil pengambilan vitamin c sangat penting untuk penghasilan kolagen terutamanya kolagen pada bayi. Kolagen ini sangat penting di mana ia membina tulang rawan, otot-otot dan tulang fetus.

- Selain itu, vitamin c membantu mencantumkan semula tisu-tisu yang yang koyak sewaktu bersalin. jadi sekiranya anda ambil vitamin c secara berterusan sehingga habis berpantang proses penyembuhan luka akan bertambah cepat. 

4) Omega Guard

- Omega guard shaklee ialah minyak ikan yang terbaik di dunia. Omega-3 terdiri daripada DHA dan EPA. EPA sangat baik untuk sendi dan menyihatkan jantung manakala EPA pula sangat bagus bagi perkembangan dan fungsi otak. Jadi, sebab itulah omega guard ini amat saya sarankan diambil sewaktu trimester ke2 dimana ia membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan.

- Selain itu, omega guard mengurangkan risiko bayi lahir tak cukup bulan atau bayi pra-matang. 

- Yang paling best dan saya suka omega guard membantu mengawal berat badan. Apabila saya memasuki trimester k2, semua alahan dah hilang..selera makan pun mulalah menjadi-jadi,..Selagi tak tidur selagi tu lah mulut saya akan mengunyah,..saya rasa nafsu makan saya tiga kali ganda dari sebelum mengandung..berkat saya konsisten dengan omega guard shaklee ni berat badan saya akan naik sekitar 12 - 15kg sahaja walaupun tak berhenti-henti makan. Agakmya kalau tak ambil langsung omega berat saya mungkin naik sekitar 20 - 25 kg,...sangat menakutkan....


produk tambahan yang saya ambil semasa hamil ialah 
energizing soy protein (esp)




energizing soy protein (esp)

- esp shaklee adalah soya protein yang lain dari yang lain di mana ia tidak mengandungi lemak, kolestrol dan mempunyai indeks glisemik yang rendah  dan tidak mempunyai kandungan gula dan tidak berbahaya bagi ibu hamil yang mengalami diabetes untuk mengambilnya sepanjang kehamilan.

- pada trimester pertama , saya biasanya akan mengalami mual dan kurang selera makan,..apa yang saya makan akan keluar balik,..muntah..jadi perut kosong dan mula masuk angin,..jadi saya mula minum esp shake-shake dengan milo, chocolate, strwberry dan macam-macam air kesukaan saya.esp ini memberi efek kenyang kepada pengamalnya..alhamdulillah saya rasa perut saya terisi dan kenyang. tiada lagi masalah perut angin dan kembung.

- esp juga membantu menguatkan rahim dan mengelakkan keguguran.. Pesanan saya kepada para ibu yang sangat aktif dan banyak bergerak atas tuntutan kerja, konsistenlah dengan esp terutamanya yang mengalami masalah rahim lemah. Sewaktu berpantang anak kedua dari bulan pertama hingga bulan ketujuh setiap hari saya terpaksa naik turun tangga sebab rumah saya di tingkat empat..hari-hari saya terpaksa dukung anak saya untuk naik dan turun sebab dia masih kecil dan penat nak naik turun..bayangkanlah dengan nak pegang begnya lagi...dekat ofis pulak 2 tingkat, setiap hari lebih 4kali saya kan naik turun...tapi saya yakin dan usaha dengan konsisten esp Alhamdulillah kandungan saya sihat dan selamat dengan izin Allah juga. Semasa hamil 8 bulan pula saya berpindah rumah bayangkanlah saya mengemas rumah dengan suami dengan keadaan saya yang memboyot, tidur pukul empat pagi,...saya bersyukur sebab saya mampu melalui proses kehamilan dengan baik dan lancar.

- esp membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh serta separuh kalsium dari jumlah keperluan harian. Sebab itulah agaknya saya bertenaga lain macam walaupun saya ni banyak melakukan aktiviti seharian.

- esp juga membantu dalam pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.


Sekian dulu perkongsian dari saya, sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan vitamin shaklee boleh dapatkan dari saya samada untuk pengeposan seluruh malaysia atau cod/self pick up..Sekiranya inginkan cod/self pick up saya adalah pengedar shaklee di kawasan klang/port klang..boleh hubungi saya hidayah/ 019-2372259 @ 0134909803





Masa Itu Emas