Rabu, 25 Disember 2013

Rawatan Senggugut Dengan Shaklee



Wanita tidak terlepas dari masalah senggugut,..walaupun bukan semua wanita mengalaminya tetapi segelintir wanita yang mempunyai masalah senggugut yang sangat teruk sehingga tidak dapat melakukan tugas harian,..Antara simpton-simptomnya ialah sakit kepala, sakit perut yang teramat sangat, tidak boleh bangun dan berjalan, muntah dan sebagainya...dahulu, saya turut merasainya dan amatlah menyakitkan sampai tidak dapat hadir ke sekolah...ada kawan sepejabat saya setiap kali senggugut dia terpaksa mengambil cuti rehat kerana tidak dapat bekerja...itulah penangan senggugut,..dahsyat bukan??

Jadi, di kelapangan ini saya nak berkongsi dengan anda untuk kita mengenali lebih lanjut lagi mengenai senggugut dan beberapa produk Shaklee yang boleh membantu masalah wanita ini...

APA ITU SENGGUGUT???

-Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .
Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita  dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.
Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis
SENGGUGUT PRIMER
Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.
Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an.Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.
Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku dengan
-  rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;
* tegang pada payu dara
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual(50%) dan muntah(25%).
* sembelit atau ceret-beret (35%)
* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari.Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang
Faktor risiko
Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
* Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
* Sejarah keluarga juga punyai senggugut

Kenapa ia berlaku?
Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon  ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.
Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?
Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?
Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?
Tanpa ubat:
-   Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan   berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
-   ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur
-   Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
*  Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.

Senggugut sekunder
Di antara penyakit termasuk
* Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
* Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
* Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.

Komplikasi
Komplikasi dari senggugut sekunder bergantung kepada penyebabnya.  Sekira jangkitan kuman pada system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan(scar) pada tiub fallopian dan menganggu system reproduktif. Kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik. Yakni kandungan luar rahim.
Endometriosis pula boleh mengakibatkan kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung.
Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti).
Entiti ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.

RAWATAN SENGGUGUT DENGAN SHAKLEE


Antara cadangan produk Shaklee bagi mengatasi masalah senggugut ini ialah : -

1. GLA COMPLEX
- Wanita yang mengalami masala senggugut tidak dapat menukarkan asid lenolik dengan baik untuk menjadi GLA..Oleh itu, dengan pengambilan Gla tambahan dapat mengurangkan sakitnya senggugut.

2. OSTEMATRIX
- Kebanyakan wanita mengalami masalah kekurangan kalsium tambahan selepas melahirkan anak..Dengan pengambilan kalsium yang konsisten dapat mengurangkan masalah senggugut kerana sebelum haid  bermula paras kalsium akan menurun dan menyebabkan emosi menjadi tidak stabil dan simptom senggugut yang lain. 

3. B COMPLEX
- Vitamin B5  berfungsi untuk meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, artritis, mencegah jangkitan
- Vitamin B6  berfungsi untuk metabolisme protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah, bibir kering, kekejangan, kebas, anemia

Sekiranya anda hendak mendapatkan produk shaklee dan konsultansi lanjut sila hubungi saya : -

hidayah
sid 964682
013-4909803

3 ulasan:

  1. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. tips hilangkan senggugut

    BalasPadam
  2. Info yang menarik. Sekadar berkongsi, kajian telah menunjukkan bahawa kaum wanita yang mengambil Vitamin A, B6, C, D dan E kurang diserang penyakit senggugut. Selain itu, untuk mengelak berlaku senggugut yang teruk, elakkan pengambilan diet tinggi lemak tak tepu, coklat, teh dan kopi ketika datang haid.

    BalasPadam

Masa Itu Emas