Ahad, 21 Julai 2013

testimony set penyusuan + vit E


testimoni set menyusu + vit e complex dr shaklee,..kulit semakin cerah dan gebu,..body pon makin slim tawww...

Salam

Saya nak share hasil pengambilan berterusan set menyusu lengkap dan vit e selama 6bulan

Package meletop
Susu banyak
Berat badan turun
Kulit muka jadi lebih glowing


sebarang konsultansi lanjut hubungi saya

hidayah 
# sid 964682
013-4909803

Khamis, 18 Julai 2013

Asthma



PENYAKIT ASTHMA /SEMPUT/LELAH

Penyakit Asthma atau biasa dikenali di kalangan rakyat Malaysia sebagai semput bukanlah penyakit luar biasa di kalangan kita,...Asthma ini membuatkan kita sukar untuk bernafas terutama sekali apabila jerebu melanda dengan teruk seperti baru- baru ini...Hari ni, saya mempunyai masa lapang sebab rehat panjang dan terpanggil untuk berkongsi ilmu dengan anda semua tentang penyakit Asthma.

Asthma adalah sejenis penyakit saluran pernafasan yang kronik di mana melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Ia mengakibatkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma'. Penyakit ini boleh membawa maut sekiranya tidak dikawal dan dirawat dengan baik.  

Keterukan Asma:
  • Bagi serangan yang ringan dan berterusan, gejalanya muncul lebih dari dua kali dalam seminggu, tetapi bukan setiap hari
  • Bagi serangan yang sederhana, individu yang terlibat akan mengalami gejala asma setiap hari.
  • Bagi serangan yang teruk, pesakit mempamerkan gejala yang berterusan dan kerap.

Penyebab
  • Asma alahan disebabkan oleh alergen (pencetus alergi). Alergen ini biasanya mencetus gejala asma sewaktu penghidap asma bernafas. Saluran udara yang begitu sensitif akan mengalami pencerutan apabila alergen memasuki sistem penafasan melalui hidung.
  • Debunga, kulat dan hama adalah di antara alergen yang selalu hadir di udara. Kadangkala seseorang yang alah atau alergik boleh mendapat serangan asma apabila tertelan alergen. Contohnya seperti perisa makanan dan ubat-ubatan.
  • Untuk asma yang bukan alahan, pencetusnya tidak ada kaitannya dengan alahan tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara sebagaimana tindakan alergen.
  • Contoh-contoh pencetus bukan alergen ialah:
Agen Bawaan Udara - sebatian yang bercampur dengan udara seperti wasap dan wap dan asap. Agen atau bahan yang yang boleh mencetus gejala asma ini boleh wujud di dalam dan di luar rumah. Satu contoh bahan yang boleh wujud di luar rumah ialah gas karbon monoksida dari asap kenderaan. Contoh-contoh bahan bawaan udara yang wujud di dalam rumah termasuklah asap dari dapur dan wap dari cat aerosol.

Jangkitan pada sistem penafasan - terutamanya demam dan selsema. Kuman-kuman virus akan menyerang pengalas saluran udara dengan merangsang hujungan saraf menyebabkan otot yang menyelaputi saluran udara semakin tercerut. Senaman dan juga lain-lain aktiviti fizikal mampu menyebabkan pesakit asma terpaksa bernafas dengan lebih cepat. Sesetengah individu menghidap asma yang teraruh oleh senaman. Ini bermaksud, mereka hanya mengalami gejala asma ketika bersenam.
   
  • Udara yang sejuk atau perubahan cuaca boleh mencetus asma kerana otot di sekitar saluran udara akan mengalami pencerutan sebagai tindakbalas terhadap suhu udara.
  • Emosi dan stres juga mampu mempengaruhi kekerapan dan keterukan asma. Desakan udara yang melalui saluran udara ketika marah dan resah mampu mencetuskan asma.
Faktor - Faktor Risiko
Faktor-faktor risiko asma adalah terdiri daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan keradangan pada saluran udara. Bagi mereka yang mengalami keradangan saluran udara sangat sensitif terhadap pencetus asma.

Pencemaran udara
Mereka yang mudah terdedah kepada pencemaran udara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini. Ini termasuklah mereka yang tinggal di kawasan bandar, tinggal bersama-sama perokok dan yang bekerja di persekitaran yang tercemar. Udara yang tercemar mengandungi pelbagai pencetus asma seperti asap dan wasap. Biasanya, ibubapa yang mengidap Asma mempunyai 6 kali ganda risiko untuk memperolehi anak yang menghidap asma.

Bayi pra matang
Bayi pramatang juga memiliki risiko yang tinggi untuk menghidap Asma apabila umur mereka meningkat kelak. Ini kerana, sewaktu mereka dilahirkan, sistem respirasi mereka masih belum matang dan masih belum mampu berfungsi sepenuhnya. Golongan ini mudah menghidap Asma kerana mereka menghadapi masalah untuk menyedut dan menghembus udara keluar dari paru-paru.

Merokok
Rokok mengandungi asap tembakau. Asap tembakau mengandungi pelbagai sebatian kimia yang boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran udara dan seterusnya menyebabkan asma.


Bagaimana anda boleh mengawal dan merawat Asthma ini?
 Shaklee boleh membantu anda ; )



terdapat kajian yang mendapati pengambilan asid lemak omega-3  dapat membantu penyakit asthma. Asid lemak Omega-3 bersifat anti-radang dan oleh itu ia sangat sesuai diambil oleh mereka yang menghadapi masalah keradangan seperi penyakit asthma (radang pernafasan) 


sebarang konsultansi lanjut sila hubungi saya

hidayah
sid 964682
013-4909803




Selasa, 16 Julai 2013

testimoni yang telah mencuba ajht, ostematrix dan jugak omega guard bagi merawat sakit sendi




jadi jgn biarkan masalah sendi mengganggu aktiviti harian anda,..hubungi saya 0134909803 utk keterangan lanjut

Rawat sakit sendi anda dengan shaklee




Anda pasti pernah dengan penyakit sendi atau Artiritis? apakah ia? Sakit sendi nie bukan saja menyerang orang yang dah berumur. Yang muda pun ada, bila berat badan berlebihan. Atau penggunaan sendi yang berlebihan seperti atlet. Bayangkanlah kalau sakit sendi. Nak jalan pun susah, apatah lagi nak buat aktiviti lain.

Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.


Osteoarthritis
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang
    belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
v Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
v Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan
    rawan.

Arthritis Reumatoid
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v  Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
v  Kekakuan pada awal pagi.
v  Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
v  Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
v  Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
v  Kelemahan dan kepenatan.
v  Demam bergred rendah.
v  Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
v  Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.



Penjagaan Kendiri
Jika dokltor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan
v Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
v Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk
     meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
v Selang selikan rehat.
v Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan
    merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding
    dengan doktor atau fisioterapis anda.
v Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan
    boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.
Gaya Hidup

v Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan
    atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
v Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan
    sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan
    bukannya menggunakan tangan sahaja.
v Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk
    mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
v Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
v Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan
    usaha yang minima.
v Sertai kumpulan sokongan artritis.
v Fikir secara positif dan ceria selalu.

Elak

v Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
v Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
v Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
v Memakai kasut yang tidak berpadanan.
v Membiarkan sakit mengganggu moral anda.
Cara hidup dengan Arthritis

v Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan
    sendi-sendi.
v Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa
v Nikmati kehidupan dan kenali penyakit dengan lebih lanjut


CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE UTK PENYAKIT SENDI

(SET UTK SAKIT SENDI)




A. ADVANCED JOINED HEALTH TABLET (AJHT)

apakah fungsi ajht nie?

  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu kekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. anti radang semulajadi
  8. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen
B. OMEGA GUARD
 Omega Guard Shaklee membantu mengurangkan inflamasi/keradangan yang berlaku di kawasan sendi. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 (Omega Guard) bersama glukosamina (Advanced Joint Health Tablet) dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Omega Guard melambatkan degradasi tulang rawan, boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi serta mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega Guard juga bertindak sebagai pelincir yang mana membantu sendi untuk bergerak dengan lebih bebas. Tanda-tanda sendi kekurangan pelincir adalah apabila sendi-sendi berbunyi dan berkeriat-keriut ketika bergerak.
C. OSTEMATRIX @ KALSIUM

memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas: Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.


SEBARANG KONSULTANSI LANJUT BOLEH HUBUNGI SAYA : -

HIDAYAH 
SID 964682
013-4909803




Isnin, 15 Julai 2013

testimony masalah gastrik




jadi jangan tunggu lagi kalo anda penghidap gastrik,..jom selesaikan masalh anda dengan shaklee...hubungi saya 0134909803 utk konsultansi lanjut

Penyakit Gastrik


Penyakit gastrik memang selalu terjadi kepada kita terutamanya apabila berpuasa,..jadi, di kesempatan ini saya nak cerita serba sedikit tentang penyakit gastrik,..apakah tanda-tandanya? rawatan? dan banyak lagi,...

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis). Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah Gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik(dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Siapa Yang Berisiko Hidap Gastrik?
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah Gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :
i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah Gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
RAWAT GASTRIK DENGAN SHAKLEE
Saya sarankan kepada pesakit gastrik ialah esp, b complex dan juga ostematrix

ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan gastrik
 B Complex dan Ostematrix pula disarankan kerana kandungan supplemen ini menyamai ubat gastrik yang dibekalkan doktor namun, ianya lebih semulajadi, tanpa pengawet, pewarna atau perasa tiruan.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
Peringatan : Sekiranya ada memang sudah mempunyai penyakit Gastrik, elakkan berlapar dalam jangka masa yang lama untuk mengelakkan penyakit tersebut menyerang kembali. Ia juga termasuklah menjaga cara pemakanan termasuk dilarang memakan makanan yang pedas.
++ sekiranya, anda adalah pesakit gastrik jangan biarkan ia berlarutan,..boleh dapatkan kesemua produk berikut dgn menghubungi saya 
hidayah
sid 964682
013-4909803


Ahad, 14 Julai 2013

Set Kesuburan Bajet


SET KESUBURAN BAJET UTK PARA SUAMI DAN ISTERI



✹ ✹Bagaimana GLA membantu isteri mengatasi masalah tidak subur, period tidak teratur dan masalah cyst? ✹✹


✔ Kitaran haid yang tidak menentu adalah antara petanda seseorang mengidap PCOS dan lazimnya ia menyebabkan sesorang itu tidak subur. GLA membantu untuk menstabilkan haid. Apabila kitaran haid stabil, isteri boleh menentukan waktu suburnya dan merancang kehamilan dengan lebih mudah. 
✔ Cyst atau fibroid adalah akibat dariapda pertumbuhan sel yang tidak sihat. GLA membantu untuk menstabilkan hormon badan serta mencegah aktiviti sel yang abnormal. 
✔ Bagi masalah kesuburan pula, GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Ada wanita yang mengeluarkan cecair tersebut tetapi ianya tidak cukup subur, Ada wanita langsung tidak mengeluarkan cecair tersebut dan itu tanda anda tidak subur.Cecair serviks yang subur & berkualiti ini dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)"dan ianya sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Cecair subur ini juga membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio. 


✹ Bagaimana ZINK membantu suami mengatasi masalah sperma lemah?

✔ Zink ni dipanggil "the ultimate sex mineral" kerana zink mempengaruhi kesuburan lelaki, potensi, nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang. Zink adalah penting untuk pengeluaran sperma, dan kebanyakan sebab kenapa jumlah air mani menurun dan paras testosteron rendah adalah kerana bekalan zink rendah.Info menarik, setiap ejakulasi boleh mengeluarkan sehingga 5 miligram zink, atau hampir separuh daripada jumlah keperluan harian manusia. Jadi jika anda sedang planning untuk menambah ahli kelaurga, zink boleh membantu meningkatkan kesuburan anda.

✔Sperma tersebut perlu lah mampu untuk bergerak dengan pantas. Sel sperma perlu kuat dan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk berenang ke arah telur untuk menyuburkannya. Ketahanan dan kekuatan sel sperma yang rendah adalah salah satu punca utama ketidaksuburan lelaki.Kekurangan zink boleh menyebabkan bacaan kekuatan sel sperma (sperm motility) di bawah 50% iaitu peratusan sperma yang bergerak ke hadapan kurang daripada separuh.

Berminat?PM SEKARANG @ CONTACT SAYA 0134909803! Kami sediakan JADUAL KHAS untuk HAMIL dengan pengambilan GLA COMPLEX dan ZINK COMPLEX Shaklee.

Jumaat, 12 Julai 2013

Healing Crisis / Proses Penyembuhan


HEALING CRISIS ./ PROSES PENYEMBUHAN

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda
penyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi
imunisasi badan

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan Petanda bagi menyahtoksin,
usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan
buangan dan sisa-sisa dalam usus
besar

Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur,  keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar
yang tidak sihat dan sistem
pembersihan

Penghasilan lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar
kahak kahak juga adalah petanda bagi
menyahtoksin

Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi 
kekurangan darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin d bhgn yg
sakit terkumpul


Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang /
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasir
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak

Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia
Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah
hati

Edema (membengkak) Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

KREDIT TO http://supermomndaddy.blogspot.com/2012/05/anda-rasa-sakit-sakit-lepas-ambil.html





Khamis, 11 Julai 2013

Cara Penyimpanan Susu Ibu


Cara penyimpanan susu ibu..

info from http://www.momschoice.com.my/

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

 Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Expressed Breast Milk (EBM)
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan
(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Sumber: Le Leche League

SUSU MERUDUM??




 SUSU IBU MERUDUM?

Utk ibu2 yang menyusu..amat mustahak untuk mengetahui punca2 susu merudum seperti stress,..musim2 period,kurang kalori,baby beralih bulan or di panggil growth spurt (time ni normally dia akan consume lebih byk dari biasa)..dan byk lagi faktor2 lain mmg ada efek yg besar kat pengeluaran susu…...jadi apa yer yang ibu2 boleh buat?


  • >>Makan makanan seimbang…especially yang kaya dgn protein
  • >>Drink barley-based drinks such as homemade barley water
  • >>Consume plenty of dark green vegetables (sayuran hijau)
  • >>Pengambilan air yg mencukupi
  • >>Routine pumping (minimum 6x sehari pam)
  • >>Ambil natural milk booster jika perlu….cthnya alfalfa..
  • >>Apply power pumping teknik-pump for 10-20minit - rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. Do this for about an hour, sekali sehari.hasilnya?..insyaAllah..amat membantu mengembalikan semula pengeluaran susu.. cuba lihat selepas seminggu yer...Jgn lupe BERDOA.. 
________
sumber :kelly.mom
edited by:MFC
kredit to MamaFaiz.Com|Mom's Favorite Choice)

Masa Itu Emas